Sarawak Homestay Lucrative



KUCHING: Sarawak Homestay tourism is a lucrative income generator with total earnings of RM379,780 in the first four months of this year.

In saying this, Assistant Tourism Minister Datuk Gramong Juna added during the same period, 1,194 visitors had visited homestays in the state.

“To make the homestays successful, its operators, villagers, co-ordinators must work together in achieving their goal. They must be ready to ensure the cleanliness and safety of their village so that visitors feel comfortable and safe,” said Gramong at the closing of the inaugural Sarawak Homestay

Operators Conference at Dayak Bidayuh National Association (DBNA) on Thursday night.
As such, the state government has allocated RM5,687,800 to upgrade homestay facilities in the state in the 10th Malaysia Plan.

For this year, RM11,301,000 is estimated to be channelled to implement upgrading works at five homestays – Homestay Kpg Pueh Sematan, Homestay Kpg Benuk Padawan, Homestay Annah Rais Padawan, Homestay Rh Nyuka Sarikei and Homestay Rh Bawang Assan Sibu, he said.




To further strengthen the promotional effort of the homestays, Gramong reminded the operators to be pro-active in fostering good ties with government agencies.

“I would also like to advise homestay operators to set-up smart sharing programmes with homestay operators in other parts of the state to increase income sources,” he said.

Gramong said the state’s tourism industry is continuing to boom with the income generated for last year at RM2,151,363,20, an increase of 33.47 per cent compared to RM1,611,914.03 in 2012. A total of 16,949 visitors have visited homestays in the state last year compared to 14,310 in 2012.

Earlier, the ministry’s permanent secretary Ik Pahon Joyik said that the state targets the tourism industry income for this year to be RM2.5-2.6 million.

Meanwhile, the three-day conference which started on Monday was participated by 31 homestay operators throughout the state. It was held to obtain feedback, sharing the latest homestay status and to co-ordinate homestay related events in the state.

Among those present was State Tourism and Culture Office director Suriya Charles Buas.

Source: http://www.theborneopost.com/2014/05/17/homestay-a-lucrative-business-gramong/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Homestay Cameron Highlands Jana Pendapatan



MENIKMATI suasana pagi di homestay di Cameron Highlands membangkitkan rasa damai dalam diri.

"Bunyi kicauan unggas dari kawasan hutan yang mengelilingi perkampungan tersebut membuatkan kita lupa dengan kesibukan dan tekanan kerja yang dialami di hutan batu di ibu negara.

"Kehijauan kebun-kebun strawberi dan sayur-sayuran yang ditanam di sekitar kampung juga membuatkan mata tidak jemu menyaksikan pemandangan indah itu.

Tambahnya, banyak kemudahan yang disediakan oleh pengusaha homestay tersebut termasuklah peralatan barbeku, bilik solat dan sebagainya.

Pengusaha homestay menyambung legasi perusahaan homestay dan agensi pelacongan yang dibangunkan bapanya.

Anak sulung daripada enam adik-beradik itu memegang posisi penyelaras merangkap pengerusi homestay yang terdiri daripada lapan buah kampung sekitarnya.

Kini berusia 28 tahun, bapa kepada dua cahaya mata itu menyifatkan bekerja di kampung lebih mendamaikan, menjimatkan kos dan dekat dengan keluarga.

"Tapi sesetengah anak muda tak suka status tinggal di kampung. Dalam konteks homestay ini pula, ramai budak-budak kampung yang kurang berminat.

Lagipun pendapatan homestay tidaklah besar. Jadi orang muda di kampung kena bijak intai peluang lain untuk jana keuntungan tinggi setiap kali pelancong datang," saran Khairul Hakimin yang banyak memperuntukkan waktu kerjanya pada hari Sabtu dan Ahad serta musim cuti sekolah.



Di sebalik pembangunan pesat program homestay yang diwujudkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) pada tahun 1995, timbul cabaran getir dalam meyakinkan generasi kedua dan ketiga di kawasan kampung.

Khairul Hakimin antara kumpulan muda yang berjaya membuktikan keberkesanan program homestay sebagai penjana pendapatan tetap. Faktor penawaran kerja dengan gaji dan taraf hidup moden di bandar lebih menarik kepada graduan muda yang berasal dari kampung.

Penghijrahan mereka ke kota seterusnya meletakkan kelangsungan program homestay dalam kondisi membimbangkan. Sebagai galakan, pihak KPKM giat melaksanakan kursus lanjutan melibatkan ibu bapa dan anak-anak.

Fleksibiliti itu diharapkan dapat memupuk minat anak-anak muda bagi meneruskan penyertaan ibu bapa mereka dalam program homestay di kampung masing-masing.

Kini, selepas 19 tahun diimplementasi di bawah pelan pembangunan luar bandar, pulangannya kepada sektor pelancongan negara belum mencapai keuntungan besar. Begitupun peningkatan setiap tahun yang dicatatkan menggambarkan potensi tinggi yang dimiliki program homestay.



Data yang diperoleh daripada KPKM menunjukkan peningkatan 16.3 peratus jumlah pendapatan daripada RM18.5 juta pada tahun 2012 kepada RM21.5 juta pada tahun lalu. Jumlah pelancong juga bertambah sebanyak 7.9 peratus daripada 325,258 orang (2012) menjadi 350,954 orang (2013).

Jumlah yang diterima itu hasil kutipan pendapatan daripada 166 kluster homestay di seluruh Malaysia melibatkan 3,431 pengusaha atau rumah dengan bilangan bilik 4,779 buah.

Difahamkan, purata tertinggi yang pernah dicatatkan ke atas rumah yang terlibat dengan program homestay ialah sebanyak RM8,000 sebulan. Itu tidak termasuk pendapatan lain hasil daripada kerja-kerja kampung seperti berkebun dan berniaga.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Festival Homestay Selangor 2014



SHAH ALAM - Festival Homestay Selangor 2014 yang akan diadakan selama tiga hari mulai 30 Mei ini di i-City di sini menyasarkan pendapatan penjualan produk sehingga RM3.5 juta melibatkan kemasukan 10,000 pengunjung.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Selangor, Arshad Mustapa berkata, sejumlah 27 pengusaha inap desa di Selangor akan menyertai festival itu.

"Pengusaha ini akan mempamerkan produk pakej inap desa termasuk produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan seperti kraftangan dan kerepek," katanya pada sidang media sempena fesival itu di sini hari ini.


Selain Festival Homestay Selangor, i-City turut menjadi venue untuk program Citrawarna Selangor 2014 yang akan diadakan pada 31 Mei di iWalk bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

"Dua acara utama yang diadakan secara serentak pada akhir bulan ini dapat membantu merangsangkan lagi bilangan kemasukan pelancong ke negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya," katanya.

Pada majlis itu, i-City turut melancarkan kempen RM50 i-Card untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke Malaysia sempena TMM 2014.




Pengurus Perkhidmatan Korporat i-City, Tang Soke Cheng berkata i-Card itu sah dari 20 Mei hingga 25 Julai ini dan hanya akan diberikan kepada 1,000 pengunjung pertama ke i-City pada setiap hari.

"Kad ini akan memberi peluang kepada pengunjung menikmati kesemua produk i-City dengan harga RM50 sahaja untuk setiap orang antaranya Red Carpet, Water World, SnoWalk, Space Mission dan Horror House dengan penjimatan sehingga 50 peratus," katanya.

i-Card itu boleh digunapakai bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari termasuk cuti sekolah, cuti umum dan hari minggu.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/festival-homestay-selangor-2014-sasar-rm3-5j-1.282148

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS